Tuesday, November 10, 2009

AL-QURAN PALING MAHAL DI DUNIA

أغلى قرآن بالعالم..

AL-QURAN YANG BERNILAI 2.327,300 nilai wang Britain.

Al-Quran Milik Yahya bin uhammad bin Omar bertarikh : 17 Ramadhan

tahun 599 hijrah bersamaan 1203 Masihi.

هذا القرآن من القرن الثالث عشر و الذي بيع في مزاد في بريطانيا و الذي وصل سعرة النهائي الى $2,327,300
هذا القرآن الذي كان صاحبة الاصلي يحيى بن محمد بن عمر بتاريخ 17 رمضان عام 599 هجري \ 1203 ميلادي

Saturday, November 7, 2009

ARAK BERLEBAL MASJID AL-AQSA

Islam dihina dengan berbagai cara...
Islam memerlukan pembelaan yang penuh berani
dan penuh berhikmah dari semua pihak serta
semua pihak perlu memainkan peranan..
Betapa kesucian Islam sejak akhir2 sering tergugat..
Bangkitlah para Mujahid yang sedang tidur dibawah nikmat duniawi..

Thursday, November 5, 2009

AURAT DALAM ISLAM

MANUSIA memerlukan pakaian bagi membalut atau menutupi tubuhnya. Pakaian adalah nikmat Allah yang penting kepada manusia.

Allah menyuruh manusia, khususnya umat Islam supaya memakai pakaian, seperti firman-Nya bermaksud: "Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian yang indah apabila pergi ke tempat ibadah, seperti mengerjakan sembahyang atau pun memasuki masjid, makan dan minumlah, jangan melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas."(Surah al-A'raaf, ayat 31).

Pada masa ini, ramai berpakaian bagi melambangkan personaliti dan melindungi tubuh daripada cuaca panas atau sejuk.

Oleh kerana masa atau zaman berubah begitu pantas, maka rekaan dan corak pakaian pun sentiasa bertukar dan semakin canggih. Oleh itu, tidak hairan jika hari ini lahir pelbagai jenis rekaan pakaian yang tidak lagi mementingkan aspek akhlak dan moral.

Islam sebenarnya tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian tertentu untuk dipakai, baik ketika beribadah atau luar ibadah. Islam menetapkan pakaian itu mesti menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

Pakaian itu tidak menimbulkan kesan negatif terhadap pemakai dan yang melihatnya.

Antara adab berpakaian yang diatur oleh Islam ialah:-

Hendaklah menutup aurat.

Aurat lelaki menurut ahli hukum Islam ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya.

Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Hadis riwayat Imam Bukhari).

Pakaian tidak jarang supaya tidak menampakkan tubuh.

Pakaian yang jarang menampakkan aurat dan tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampakkan warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

Nabi bersabda bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)

Pakailah pakaian yang tidak ketat supaya tidak kelihatan bentuk tubuh. Lagi pun pakaian yang ketat menyusahkan pergerakan pemakainya.

Memakai pakaian yang tidak menimbulkan rasa sombong di hati pemakainya. Nabi bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat."

Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda bermaksud: "Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

Tidak menyerupai pakaian golongan bukan Islam kerana dibimbangi orang Islam akan meninggalkan keperibadian Muslim sendiri.

Nabi bersabda bermaksud: "Sesiapa meniru atau menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)

Pakaian lelaki mesti berbeza daripada pakaian wanita. Maksudnya, pakaian yang khusus untuk kaum lelaki tidak boleh dipakai oleh kaum wanita, begitu juga sebaliknya.

Rasulullah mengingatkan hal ini dengan keras menerusi sabdanya bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Nabi juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." (Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim).

Pakaian lelaki tidak boleh diperbuat daripada sutera kerana diharamkan kaum lelaki memakai sutera.

Nabi bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Hadis riwayat Muttafaq 'alaih)

Muslimah perlu melabuhkan pakaian hingga menutupi kaki. Pakailah tudung/mini telekung yang sesuai bagi menutupi kepala/rambut, tengkuk, leher dan dada.

Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka menghulurkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)

Memilih pakaian berwarna putih kerana ia adalah yang terbaik untuk dipakai. Putih adalah warna yang sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah. Ia juga melambangkan kesucian.

Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih suci dan lebih baik, dan kafankan mayat-mayat kamu dengannya." (Hadis riwayat An-Nasa'iy dan Al-Hakim).

Berdasarkan berita yang sahih, baginda memakai baju hijau dan serban hitam. Hijau adalah warna kesukaan Nabi.

Lelaki Islam tidak dibolehkan memakai cincin emas. Nabi bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."
Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan. Apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri. Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakanlah dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Apabila memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakanlah juga dengan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."

Apabila memakai pakaian yang baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi (bermaksud): "Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakaikannya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya, Demikian itu telah datang daripada Rasulullah."

Berdoa setiap kali memakai dan menanggalkan pakaian supaya memperoleh keberkatan. Ketika memakai pakaian, lafazkanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia."

Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya. Sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah imej seorang Muslim

Wednesday, October 7, 2009

BENCANA ALAM : MUSIBAH ATAU AZAB


Sebagai seorang muslim, kita seharusnya menyedari bahawa segala musibah seperti gempa bumi, banjir, tsunami, ribut taufan, kemarau tanah runtuh dan sebagainya, memang merupakan peristiwa alam ‘biasa’ yang sering melanda umat manusia. Musibah seumpama ini sebahagiannya merupakan suatu fenomena alam yang telah menjadi qadhâ’ (ketentuan) Allah, yang menunjukkan bahawa Allah s.w.t. Maha Kuasa. Allah s.w.t. berfirman: “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada diri kalian sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah s.w.t.” (Surah al-Hadid [57] : 22) Musibah seperti ini bukanlah azab (hukuman) dari Allah s.w.t. ke atas manusia. Berbanding umat-umat terdahulu seperti umat Nabi Nuh, Nabi Luth, azab Allah s.w.t. bagi umat akhir zaman (umat Nabi Muhammad saw) akan diterima diakhirat kelak bagi semua manusia yang melakukan kemaksiatan dan kemungkaran kepada-Nya. Akan tetapi, boleh jadi, musibah seumpama ini merupakan ‘ujian’ dari Allah s.w.t. untuk menguji tahap kesabaran dan sejauh mana tahap ketakwaan manusia Sementara itu, sebahagian musibah lainnya adalah akibat tangantangan manusia yang senantiasa gemar melakukan kerosakan di muka bumi ini. Musibah seumpama ini lebih merupakan ‘peringatan’ bagi umat manusia baik yang mukmin mahupun yang kafir yang selama ini melanggar perintah Allah s.w.t. agar mereka kembali ke jalan-Nya. Allah s.w.t. berfirman: “Telah nampak kerosakan di darat dan dilaut akibat perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” (Surah ar-Rum [30]: 41) Menurut Imam Jalalain dan Imam Ibnu Katsir dalam menafsirkan bimâ kasabat aydînnâs (akibat perbuatan tangan manusia...) adalah perbuatan-perbuatan maksiat/kerosakan. Ertinya, pelbagai kerosakan di darat dan di laut yang menimpa manusia adalah akibat kemaksiatan/ kerosakan yang dilakukan oleh manusia sendiri. Di samping itu, musibah juga boleh terjadi dalam bentuk kesempitan hidup yang sejak akhir-akhir ini dialami oleh umat manusia, khususnya kaum Muslimin. ‘Musibah’ seumpama ini lebih merupakan ‘teguran’ sekaligus ‘ancaman’ ketika manusia yang berpaling dari peringatan-Nya. Seluruh ‘musibah’ di atas sepatutnya menginsafkan dan menyedarkan kita, bahawa telah tiba saatnya untuk kita bertaubat kepada Allah s.w.t. Sebab, sebahagian besar musibah yang menimpa kita adalah akibat kurangnya kita mentaati Allah s.w.t. dan bahkan mencampakkan syariat- Nya. Ini kerana kemaksiatan terbesar yang kita lakukan adalah kita telah berpaling dari peringatan Allah s.w.t., yakni dengan mencampakkan syariat-Nya, maka taubat kita yang terbesar lagi sejati adalah kita kembali kepada syariat-Nya secara menyeluruh. Iaitu menjadikan Islam sebagai sistem yang mengatur hidup kita secara menyeluruh (bermasyarakat dan bernegara)

Tuesday, October 6, 2009

Buat Sahabat Yang di Landa Ujian Dan Dugaan Dari Allah


Bismillaahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam, yang telah menciptakan, memiliki dan mengatur dunia seisinya. Sholawat serta Salam kepada Nabi pilihan Nabi Muhammad SAW ,keluarga, sahabat dan pengikutnya.....Amin.

Menurut bahasa, sabar artinya menahan (al-habs). Sedangkan menurut istilah, sabar adalah menahan diri dari segala sesuatu yang tidak menyenangkan.Orang yang sabar adalah orang yang mempunyai kemampuan dalam menahan segala cobaan dan ujian yang menimpa dirinya, baik cobaan dan ujian itu berupa sesuatu yang menyenangkan ataupun sesuatu yang tidak menyenangkan..

Barangsiapa ingin selamat daripada azab Allah, mendapatkan pahala dan rahmatNya, hendaklah dia menahan nafsu daripada segala keinginan dunia, disamping sabar atas segala musibah yang menimpa dirinya.Allah menyukai orang-orang yang sabar. Sabar memang mempuyai pengertian. Sabar melaksanakan perintah ( Taat ). Sabar meninggalkan larangan-larangan Allah dan sabar ketika ditimpa bencana. barang siapa bersabar kerana taat maka pada hari kiamat Allah akan memberinya tiga ratus darjat di syurga. Tiap-tiap darjat jaraknya sejauh langit dan bumi. Barang siapa yang sabar meninggalkan larangan-larangan Allah, maka pada hari kiamat Allah akan memberinya enam ratus darjat dan tiap-tiap darjat antara langit ke langit ketujuh. Adapun orang yang sabar atas bencana (Musibah) maka pada hari kiamat Allah memberikannya tujuh ratus darjat dan tiap-tiap darjat antara Arasy dan Tsura

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”(az-Zumar, 39: 10)

Dirawikan daripada Nabi SAW dalam sabdanya Allah telah berkata:

" Barang siapa ditimpa bencana, lalu memohon perlindungan daripada Ku, pasti aku memberikannya sebelum di minta. Dan barang siapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk, pasti kututup semua pintu langit keatasnya."

Junaid al-Baghdadi RA telah berkata :

" Bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan yang murtad,memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendpaat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan sabar.

Telah berkata Adl Dlahak RA :

" Barang siapa yang tidak diuji dalam setiap empat puluh hari dengan satu bala,kedukaan atau musibah, maka tidak ada kebaikkan baginya di sisi Allah."

oleh itu ketahuilah bahawa hidup adalah merupakan perpindahan dari satu cubaan ke cubaan yang lain. Cubaan atau ujian tidak selalu dikaitkan dengan kesusahan, sakit, miskin, kemelaratan dll yang tidak menyenangkan hati, tapi cubaan dan ujian juga meliputi kemudahan, kejayaan, harta berlimpah,kekuasaan atau perkara yang boleh melupakan kita dan menjauhkan kita kepada Allah S.W.T.
Apabila jika kita di uji dengan semua kesulitan atau kemudahan kita semakin (bersyukur, tawaddhu' ,suka menolong orang lain), maka kita berjaya menghadapi ujian itu, sehingga segala yang telah kita terima menjadi Nikmat dan Anugerah.

Daripada Muaz bin Jabal RA beliau berkata:
Ketika Allah menguji hambanya yang mukmin dengan suatu bencana, dia berkata kepada malaikat pencatat amal buruk "Hapuskan catatan daripadannya" dan berkata kepada malaikat pencatat amal baik "tuliskan daripada hambaku yang paling baik daripad aapa yang dia perbuat."

dan perigatan pencipta kepada hamba yang tidak dapat mengharungi ujian dan cubaan dengan membunuh diri atau pun menyakiti diri sendiri Allah S.W.T telah berpesan

" Barangsiapa tidak rela dengan keputusan-Ku dan tidak syukur pula dengan pemberianKu , hendaklah dia cari Tuhan selain Aku!"


"Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan (dilindungi) Allah, kecuali dengan benar." (al-An'am: 151)

"Dan jangan kamu membunuh diri-diri kamu, karena sesungguhnya Allah maha belas-kasih kepadamu." (an-Nisa': 29)


dan Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Sebelum kamu, pernah ada seorang laki-laki luka, kemudian marah sambil mengambil sebilah pisau dan di potongnya tangannya, darahnya terus mengalir sehingga dia mati. Maka berkatalah Allah: hambaku ini mau mendahulukan dirinya dari (takdir) Ku. Oleh karena itu Kuharamkan sorga atasnya." (Riwayat Bukhari, dan Muslim)

"Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian bunuh diri, maka dia berada di neraka, dia akan menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan alat tajam, maka alat tajamnya itu di tangannya akan menusuk dia di neraka jahanam untuk selama-lamanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)...

Peristiwa Yang Perlu kita Ketahui Yang Berlaku Pada Bulan Syawal


SYAWAL mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku pada bulan ini, seperti Perang Uhud, dan Ahzab (Khandak)

Perang Uhud

Berlaku pertengahan Syawal 3 Hijrah. Tentera kafir Quraisy ingin membalas dendam kekalahan Perang Badar setahun sebelum itu.Pada peringkat pertama, tentera Islam mencapai kemenangan. Tetapi, akibat kumpulan pemanah melanggar perintah Rasulullah supaya tidak meninggalkan kedudukan masing-masing walau apa pun berlaku, tentera Islam akhirnya ditewaskan.Pasukan pemanah Islam melanggar perintah Rasulullah selepas yakin mencapai kemenangan dan ingin memungut harta rampasan perang yang ditinggal musuh.Khalid Ibnu Walid yang ketika itu belum memeluk Islam, mengambil peluang itu melakukan serangan mengejut sehingga berlakunya kekalutan.Hal ini ditambah dengan serangan saraf dengan tersebar kononnya Rasulullah wafat.Akhirnya, ada sahabat terpandang Rasulullah masih berjuang, lalu diamelaungkan keadaan sebenar sehingga membangkitkan semula semangat juang tentera Islam.Baginda bersama 30 tentera Islam menuju ke suatu teluk di Bukit Uhud untuk mengatur perancangan perang yang baru.Pada peringkat kedua ini, tentera Islam menerima ujian apabila 70 orang syahid, termasuk Saidina Hamzah Abdul Muttalib yang digelar As'adullah (Singa Allah).Pada peringkat ketiga, tentera Islam dapat bertahan apabila tentera kafir yang tidak berpuas hati kerana gagal membunuh Rasulullah, mengatur langkah menyerang Madinah.Bagaimanapun, mereka tidak meneruskan perancangan itu apabila mengetahui Rasulullah bersiap untuk menyerang balas.Kekalahan pada peringkat kedua ini berlaku akibat pelanggaran perintah nabi selaku pemimpin serta rasa terlalu seronok dengan harta rampasan perang sehingga kurangnya pertautan hati dengan Allah.
Perang Ahzab
Berlaku mulai Syawal sehingga awal Zulkaedah 5 Hijrah.Peristiwa ini mudah diingati kerana setiap kali tiba hari raya, kita sentiasa laungkan Ahzab (Dan Dialah (Allah) yang memenangkan tentera-Nya serta mengalahkan tentera Ahzab).Perang Ahzab yang bererti tentera bersekutu, juga dikenali dengan nama Perang Khandak (parit) sempena saliran dibina tentera Islam sebagai kubu.Ia berlaku selepas Yahudi Bani Nadhir dihalau Rasulullah dari Madinah kerana cuba membunuh baginda. Tentera bersekutu kuffar seramai 10,000 orang yang tiba ke tempat peperangan terkejut apabila mendapati parit digali tentera Islam. Ia adalah pengalaman strategi berperang yang baru kepada mereka.Tentera Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang mampu bertahan.Pertempuran besar tidak berlaku dalam peperangan ini. Hanya enam tentera Islam syahid, manakala 10 Musyrikin dibunuh.Akhirnya, Allah mendatangkan kemenangan dengan ribut pasir, menyebabkan tentera musuh berundur. Berlaku juga kacau-bilau antara mereka apabila pengintip yang dihantar Rasulullah berjaya melonggarkan kepercayaan antara tentera Ahzab.