Saturday, January 31, 2009

Pejuang Islam Mantapkan Iman & Ilmu












Tentera Israel yang adalah tentera keeempat terkuat didunia akhirnya tewas menghadapi pasukan ‘kecil’ pejuang2 gazza yang hanya memiliki tentera dan senjata yang terhad. Ini sesuatu keajaiban yg besar yang dilakukan oleh pejuang2 palestin. Prof Dr Hasan Nafiah pensyarah sains politik di cairo universiti berkata:

إن صمود قطاع غزة خلال الحرب كان معجزة بكل المقاييس أن الكثيرين توقعوا أن يكون قطاع غزة نزهة عسكرية للجيش الاسرائيلي، وأن يقوم الجيش الاسرائيلي بالقبض على قادة المقاومة الفلسطينية ووضعهم في سجون تشبه جوانتنامو الا أن إرادة الصمود والبقاء دحرت العدوان الاسرائيلي على قطاع غزة،إن انتصار حماس واضح جدا لان ما حدث ليس حربا لكنها مجزرة، لافتا الى أن نجاح حماس يتمثل في إفشال جميع الاهداف الاسرائيلية،

“Sesengguhnya ketahanan gazza dalam peperangan adalah suatu mukjizat (miracle) dari setiap sudut. Kebanyakan menyangka bahwa gazza adalah peperangan ‘bersiar2’ oleh tentera Israel dan tentera Israel mudah untuk menangkap pemimpin2 pejuang palestin serta meletakkan mereka di tempat yang menyerupai penjara guantanamo. Namun kehendak untuk berjuang dan kekal di tanah air mereka dapat menghalau tentera musuh dari bumi gazza. Sesungguhnya kemenangan hamas adalah amat jelas kerana apa yang berlaku bukanlah peperangan dengan pejuang tetapi penyembelihan beramai2. Kejayaan hamas adalah menggagalkan kesemua misi2 israel memerangi gaza.”

Ini adalah ulangan peristiwa2 yang lepas, dimana kekuatan keimanan boleh mengatasi segala kekuatan ketenteraan. Diantara peristiwa lepas adalah:

1. operasi pengeboman pejabat pegawai tinggi tentera amerika di Beirut pada tahun 1948 yang membunuh dan mencederakan ratusan tentera amerika. Ia dilancarkan oleh seorang pengebom berani mati. Bila ditanya presiden amerika Ronald Reagan “Bagaimana boleh berlaku? Dimana kawalan yang tinggi? Dimana perisikan?” Dia menjawab “Semua kawalan keamanan di dunia adalah disebabkan perasaan takut mati yang ada pada penyerang. Apabila hilang rasa takut ini maka tidak ada cara untuk menghadapinya.”

2. Operasi ansoriah pada tahun 1998 yang dilancarkan kepada unit jhas tentera Israel yang paling kuat. Perbelanjaan seorang tentera dalam unit tersebut dianggarkan 5 juta dolar amerika. Namun mereka telah dihapuskan oleh pejuang-pejuang palestin yg bersenjatakan iman dan takwa.

3. Pada jun 2006 para mujahidin telah menggali parit sedalam 400 meter di bawah dinding pemisah tanpa disedari oleh tentera dan perisikan Israel. Para pejuang telah sampai ke penempatan askar (garrison) di karam syalum dan membunuh serta menawan tentera2 Israel. Kemudian mereka pulang dengan selamat.

4. Pada tahun 2006 juga tentera Israel telah mendapat lampu hijau dari amerika, eropah dan dunia untuk menghapuskan, mengambilkan senjata dan melaksanakan peruntukan undang2 1559 terhadap hizbullah. Namun Hizbullah berjaya menewaskan mereka dengan jayanya.

Ini adalah sebahgian dari contoh yang menunjukkan kekuatan keimanan mengatasi segalanya. Kekuatan iman ini lah yang ada pada tentera Islam yang terdahulu. Walaupun mereka sedikit tetapi mereka kuat. Seorang Pemimpin rom yang telah tewas kepada tentera Islam telah berkata tentang sifat2 pejuang Islam:

إنهم يقومون الليل ويصومون النهار ويوفون بالعهد ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر ويتناصفون بينهم.

“Sesungguhnya mereka bangun malam untuk berqiamullail, berpuasa pada siang hari, menunaikan janji2 mereka, mengajak kepada kebaikan, mencegah kepada kemungkaran dan saling nasihat menasihati sesame mereka.”

Kita lihat bagaiman pemilihan tentera Saluhuddin al-Ayyubi yang mana mereka telah mencipta sejarah kemenangan dan kegemilangan Islam. Apabila lalu di khemah tentera yang tidak bangun malam maka beliau berkata:

“Sekiranya kita diserang dan dikalahkan maka sebab merekalah kita dikalahkan.”

Namun pemuda2 Islam sekarang sudah lemah iman dan amalnya. Mereka hanya menjadi penyokong kepada perjuangan Islam dan tidak menjadi pejuang2 Islam. Untuk bangun solat subuh berjemaah pun mereka tidak mampu inikan lagi untuk berqiamullail. Lihat bagaimana Syeikh Ahmad Yasin yang mana dia syahid ketika pulang dari solat subuh di masjid berhampiran rumahnya pada 22/3/2004. Walaupun beliau sudah lumpuh sepenuhnya namun tetap solat subuh berjemaah subuh. Bagaimana dengan pemuda2 yang gagah berani yang sanggup turun padang mengharungi air penyimbah, gagah berani melawan samseng, hebat bermain di padang tetapi tidak mampu untuk mengenepikan selimut yang nipis.

Seorang tenteraYahudi pernah berkata mereka tidak gentar dengan orang islam kecuali apabila orang-orang Islam kembali kemasjid untuk sama-sama berjemaah didalam sembahyang kerana kekuatan berjemaah itu kembali kepada kekuatan hubungan demgam Allah dan sesama hambanya..

Ummat Islam juga lemah kerana jiwa mereka kosong ilmu. Mereka hanya bersemangat mendakwa mereka memperjuangkan Islam tetapi berjuang tanpa ilmu sehingga mereka melakukan perkara yang haram tanpa mereka sedari. Suatu ketika para sahabat mengatakan syahid pada seorang yang telah mati dalam peperangan , namun Nabi saw bersabda:

كلا إني رأيته في النار في بردة غلها

“Tidak sama sekali, sesungguhnya aku melihatnya dalam neraka kerana disebabkan sehelai selimut yang diambilnya.” (HR Muslim – sahih)

Tanpa ilmu menyebabkan mengambil harta manusia dengan secara haram. Ini adalah dalam ilmu muamalah (pertukaran harta) yang manusia jarang mengaji dan mengetahui tentangnya.

Seterusnya para pejuang perlu mempunyai kekuatan jiwa. Kekuatan jiwa ialah jiwa yang cinta akhirat. Walaupun umat islam ramai tetapi mereka lemah lantaran cinta mereka pada dunia. Ia juga jawapan kepada yang bertanya sebab apa umat Islam diganyang oleh musuh2 Islam. Nabi saw bersabda:

لا ولكنكم غثاء كغثاء السيل يجعل الوهن في قلوبكم وينتزع المهابة من قلوب عدوكم لحبكم الدنيا وكراهيتكم الموت

“Kamu bukannya sedikit, tetapi kamu seumpama buih-buih dilautan. Allah meletakkan penyakit ‘al-wahn’ di dalam hati2 kamu. Mencabut perasaan takut dalam hati2 musuh kamu kerana kamu cinta kepada dunia dan kamu benci mati.” (sahih- Hr Ahmad, Abu Daud dan lain2)

Kesimpulan: Oleh itu marilah kita memantapkan kekuatan Iman, kekuatan ilmu dan kekuatan jiwa (hati yang bersih). Apabila kita memiliki kekuatan seumpama ini, Allah akan memberi pertolongan yang kita harapkan. Ini jelas yang terjadi dalam peristiwa yang terjadi dalam peperangan mujahidin dengan tentera rusia:

Rujukan: majalah mukhtar Islami no 318, buku Ma za khasirul alam oleh an-Nadawi, Falestin Tarikh Musawwar oleh Dr Tareq suwaidan, Sofwatul hadis oleh Dr Abd Qadir al-Kattani, Ayatur Rahman fi Jihadil Afghan oleh Dr Abdullah Azzam

No comments: