Wednesday, February 11, 2009

Jadilah Anak Yang Soleh..




عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسلَّمَ: إِذَا مَاتَ الْعَبْدُ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَاِلحٍ يَدْعُوْ لَهُ
(رواه مسلم)
Terjemahan:
Daripada Abi Hurairah (ra), katanya: Telah bersabda Rasulullah S.A.W Apabila mati seorang hamba (manusia) maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara: sadakah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang salih yang mendoakannya.
(HR Muslim)
Hadis ini cukup mengigatkan saya pada zaman alam persekolahan dulu,inilah hadis yang selalu dibaca dan disyarahkan olah guru-guru saya,nikmat memperolehi ilmu dari mereka yang alim lagi warak masih lagi terkenang didalam kotak fikiran saya,tetapi ramainya Guru2 saya telah kembali keRahmatullah..antara lain Isi kandungan hadis ini untuk kita kongsikan bersama dengan ilmu yang sedikit ini..Allah SWT menjadikan alam dunia ini sebagai alam beramal. Di alam inilah manusia bersungguh-sungguh membuat perbekalan untuk kebahagiaan hidupnya di akhirat nanti. Sedangkan alam akhirat adalah alam pembalasan. Manusia akan mendapat ganjaran di akhirat nanti sesuai dengan usaha mereka di dunia ini, jika baik berbahagialah ia di sana, dan jika sebaliknya akan menderitalah ia.
Bagi umat Islam kematian bukanlah akhir segala-galanya. Kematian hanyalah sekedar perpindahan dari alam amal ke alam pembalasan. Di alam akhirat kita tidak dapat menambah amal baik kita lagi walaupun sebesar zarrah, demikian juga dengan usaha untuk pengampunan dosa.
Segala amalan manusia terputus kecuali tiga perkara. Itupun hanyalah sekedar kesan daripada amalan-amalannya ketika di dunia dahulu, iaitu: sadakah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak salih yang mendoakannya.

1.
Sadakah Jariah

Sadakah jariah maksudnya ialah sadakah yang pahalanya berterusan diterima oleh orang yang bersedekah seperti mewakafkan sebidang tanah untuk kegunaan awam, membangun masjid, madrasah, rumah anak yatim, hospital dan lain-lain.
Ganjaran pahala amalan di atas akan berterusan diterima olih orang berkenaan selagi sadakahnya itu dimanfaatkan olih orang hidup. Ganjaran wakaf/sadakah amat besar di sisi Allah, lebih-lebih lagi jika wakaf/sadakah itu sesuatu yang dapat menopang dan menolong melancarkan aktibiti keagamaan seperti aktibiti keilmuan, keselesaan tempat-tempat ibadah, jihad dan lain-lain lagi.

2.
Ilmu yang bermanfaat

Ilmu yang pernah diajarnya semasa hidupnya, lalu dimanfaatkan orang setelah wafatnya seperti ilmu yang diajarnya kepada pelajar-pelajarnya, ilmu yang disebarnya di kalangan orang ramai, dan juga termasuk penyebaran ilmu melalui kitab-kitab atau kaset-kaset.
Jadi semua ilmu yang bolih mendatangkan manfaat jika mempelajarinya, baik secara langsung ataupun secara tulisan maka ganjaran akan terus mengalir kepadanya walaupun ia telah wafat. Berapa banyak para ulama yang wafat ratusan tahun yang silam dan kitab-kitab mereka terus mengajar ajarannya? Ini adalah anugerah daripada Allah SWT.

3.
Anak Salih Yang Mendoakannya

Yang dimaksudkan dengan anak yang salih ialah anak kandungnya, baik yang lelaki ataupun wanita, cucunya dari anak lelaki ataupun cucunya dari anak perempuan. Ibubapa akan terus mendapat ganjaran pahala dari segala amalan baik dan doa-doa mereka. Anak cucu yang salih setiap waktu mendoakan orang tua mereka agar mendapat ampunan Allah, rahmat Allah, derjat yang tinggi dan lipat ganda pahala di sisi Allah.
Kesemua amalan yang terkandung di dalam hadis di atas pada hakikatnya adalah maksud kandungan ayat 12 dari surah Yasin: Firman Allah Taa'la :
“Sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan yang mati, dan menulis apa yang mereka kerjakan dan kesan-kesan mereka.” .

* Al-fatihah kepada Guru-guru yang telah banyak memberi ilmu pengetahuan kepada saya untuk menjadi hamba yang taat kepada Allah .

No comments: