Friday, January 23, 2009

Bila akal dikuasai oleh fahaman Sekularisme..












Hosni Mubarak Pemerintah Rejim Mubarak

Dr Omar Abu Ubaid dari Institut Antarabangsa Al-Quds telah berkata,katanya didalam satu ucapan di Yaman..Wahai saudara-saudaraku! Saya bercakap dengan berterus terang, sesungguhnya yang mengepung wilayah Gaza adalah Mesir dan bukannya Israel atau Amerika Syarikat.

"Walaupun Israel menyerang kami dengan peluru berpandu dan jet-jet pejuang, mereka membuka juga laluan sempadan untuk dibawa masuk beberapa bentuk bantuan, bahan makanan dan ubat-ubatan. Manakala Mesir menolak sepenuhnya sebarang bantuan dibawa masuk melalui sempadan (mereka di) Rafah."

Kata beliau lagi, satu perancangan jahat telah dilakukan oleh Israel, Amerika Syarikat, Mesir dan pemerintah Palestin dengan satu tujuan iaitu menghapuskan Hamas untuk membuka jalan kepada Mahmoud Abbas menguasai pemerintahan di Gaza.

Maka peperangan yang dilancarkan oleh Israel adalah peperangan terhadap Islam. Kenapa sasaran ditujukan kepada Hamas? Kerana Hamas mewakili umat Islam dalam peperangan menghadapi Yahudi di Palestin yang mana peperangan ini akan berkembang ke seluruh umat Arab dan Islam di dunia ini.

Namun beliau meyakini kemenangan tetap datang dengan melihat umat Islam masih mendokong perjuangan rakyat Palestin.

Daripada penerangan ini, jelaslah bahawa peperangan kini telah mengambil di seluruh dunia Islam. Dalam keadaan kita menyaksikan di hadapan mata kita kezaliman dan kebiadaban bangsa Yahudi itu, namun seolah-olah tiada apa yang dapat dilakukan oleh negara-negara umat Islam.

Sedangkan penduduk Israel sebenarnya tidak melebihi lima juta. Kerana itu terdapat pandangan dari kalangan pemerhati politik yang menyatakan bahawa jika umat Islam ingin memerangi bangsa Yahudi dan melenyapkan negara haram Israel, mereka perlu menghadapi peperangan dengan sekutu-sekutu yang mempertahankan kedudukan musuh.

Mereka adalah para pemimpin negara-negara Arab yang menjadi barua kepada Israel dan Amerika Syarikat. Pada hari ini, pihak yang bertanggungjawab membiarkan sungai darah terus mengalir di Gaza adalah pemerintah Mesir.

Sekiranya mereka membuka pintu sempadan di Rafah, ramai para pejuang akan masuk dari luar sebagaimana para mujahidin pernah memasuki Afghanistan, Bosnia, Chechnya dan rantau lain. Mereka adalah pengkhianat sebenar! Di hadapan Allah kelak mereka tidak akan terlepas :

Saya masih lagi ingat semasa menuntut di mesir,Pemerintah Mesir ini terkenal bukan kerana ketokohannya sebagai seorang pemimpin tetapi sebagai Barua Amerika dan Yahudi..ramai ulama'-ulama di tangkap semasa zaman pimpinannya jika menolak atau membangkang dasar dasar beliau,kita lihat sahaja Hizbi Ikhwanul Muslimin masih lagi diharamkan penubuhannya oleh kerajaan Mesir kerana bimbang akan kebangkitan Islam dan Para Ulama menguasai Kerajaan Mesir..apa yang di harapkan Ulama & Para ilmuan di Bumi Anbia' disana berjuang untuk menjatuhkan Rejim Hosni Mubarak ini ,seorang ditaktor yang bacul mengikut telunjuk Yahudi .

No comments: