Tuesday, January 6, 2009

Hari Ashuraa'.. Salam Maal Hijrah

"عن أبي قتادة ان النبي صلى الله عليه وسلم قال – صيام يوم عاشوراء أني احتسب على الله أن يكفرالسنة التي قبله"

- رواه الترمذي في صحيحه -

Maksudnya : Daripada Abi Qatadah, bahawasanya Nabi saw bersabda –Berpuasa pada hari Asyuraa', bahawasanya aku berharap di atas Allah swt bahawa ianya (puasa asyuraa' itu) dapat mengkifarahkan (menghapuskan) segala kesalahan pada tahun yang telah lalu

Pengertian Asyuraa'

Asyuraa' adalah kalimah arab daripada perkataan A'syara yang bermaksud sepuluh.

Asyuraa' adalah Hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram

Sunat berpuasa pada Hari Asyura, Tasuu'aa dan Ihtiyadh

عن عائشة رضى الله عنها قالت – كان عاشوراء يوما تصومه قريش في الجاهلية , وكان النبي صلى الله عليه وسلم يصومه , فلما قدم المدينة صامه وأمر يصيامه , فلما نزلت فريضة شهر رمضان, كان رمضان هو الذي يصومه فترك يوم عاشوراء , فمن شاء صامه ومن شاء أفطره".

- رواه البخاري ومسلم-

Maksudnya : Daripada Aisyah r.ah berkata : adalah Asyuraa' itu suatu hari yang berpuasa padanya orang-orang Quraish pada zaman jahiliyah. Dan Nabi saw turut berpuasa pada hari tersebut. Maka ketika mana baginda berhijrah ke Madinah, bagida masih lagi berpuasa dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa. Maka ketika mana turunnya ayat yang memwajibkan puasa di bulan Ramadhan, maka Ramadhanlah yang dipuasa oleh baginda dan baginda meninggalkan puasa pada hari Asyuraa'(dikhuatiri akan difardhukan juga oleh para sahabat), maka siapa yang berkehendak untuk berpuasa maka puasalah dan sesiapa yang tidak berkendak untuk berpuasa maka berbukalah.

Bahawasanya Rasulullah saw ketika sampai di Madinah Al-Munawwarah dan ia melihat golongan Ahli Kitab berpuasa pada hari Asyuraa dan membesarkan hari tersebut pada hal mereka tidak disuruh untuk itu (meraikan hari asyuraa ('

Kesimpulannya,Hari Asyuraa' ialah hari kesepuluh daripada bulan Muharram dan disunnatkan bagi kita berpuasa kerana mengikut perbuatan Baginda Nabi saw dan hari Tasuu'aa ialah hari yang kesembilan daripada bulan Muharram yang juga disunnatkan kita berpuasa, supaya ada perbezaan di antara puasa kita dengan golongan Yahudi dan Nasrani.

Begitu juga hari Ihtiyadh iaitu hari kesebelas daripada bulan Muharram disunnatkan berpuasa sekiranya berlaku keraguan didalam menentukan anak bulan Muharram, kalau tidak ada sebarang keraguan maka memadai berpuasa dengan dua hari tersebut


No comments: