Friday, January 16, 2009

Menanti Khalifah & Syariat tertegaknya di Bumi Allah
















“Hati siapa yang tidak tersentuh apabila melihatkan kanak-kanak Palestin yang telah mati akibat kebiadapan & kebinatangan rezim Zionis membunuh dan menyembelih penduduk awam Palestin. Bagi naluri seorang bapa hati benar-benar tersentuh & sedih melihat apa yang telah terjadi..Dunia Islam bagaikan bisu & pekak melihat bumi Gaza bermandikan darah..

Tembakan meriam tanpa henti di Gaza menyebabkan kanak-kanak di wilayah tersebut menjadi trauma akibat ketakutan kerana setiap letupan menyebabkan kediaman mereka bergegar.

Seorang pekerja Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Sajy Elmaghinni berkata, banyak kanak-kanak kini tidak mahu menjamah makanan & tidak aktif,hampir tidak bercakap serta sering memeluk ibu bapa mereka kerana ketakutan. Kanak-kanak juga takut dengan kegelapan dan ia menjadi masalah besar kerana tentera Israel memotong bekalan elektrik di Gaza..

Bangunlah wahai Umat Islam semua..Bangunlah wahai Umat Islam semua..Bangunlah wahai Umat Islam semua...menentang kezaliman Yahudi walau,sekalung doa diutus dari bumi Malaysia ini agar kehancuran Israel menjadi pasti bukan Fantasi . Ya Allah kami mengadu dan merayu padaMu Ya Allah ..Jangan lupa Qunut Nazilah diwaktu Sholat Subuh,untuk kehancuran & kemusnahan kaum yahudi ini..Amin.

Qunut Nazilah :

Ya Allah, hancurkanlah orang-orang kafir dan musyrik itu. Berilah rasa takut kepada musuh-musuh kami, musuh-musuhMu, dan musuh-musuh agamaMu. Ya Allah, muliakanlah agama Islam dan kaum muslimin. Rapatkanlah tali kasih sayang dalam sanubari mereka dan perbaikilah hubungan kekeluargaan diantara mereka serta berilah pertolongan kepada mereka dalam melawan musuh-musuhMu dan musuh-musuh kaum muslim.


No comments: